Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Mati lepas koma empat hari akibat langgar babi hutan

KUALA BERANG -Selepas empat hari bertarung nyawa setelah koma akibat terlibat dalam kemalangan Rabu lalu, seorang lelaki akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.15 petang kelmarin.

Zulkyaidi Ashari, 39, koma setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor babi hutan ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai telekomunikasi di Kampung Kuala Ping, di sini untuk membeli kad prabayar.

Babi hutan yang dilanggar mangsa dipercayai sudah mati sebelum itu akibat dilanggar kenderaan sebelumnya.

Jarak lokasi kejadian dengan rumah mangsa adalah kira-kira dua meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, mangsa yang menunggang bersendirian terlanggar haiwan itu di Kilometer 21 Jalan Kuala Berang-Kampung Teris, dipercayai kerana tidak menyedari kewujudan haiwan berkenaan susulan keadaan jalan yang agak gelap.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dari motosikalnya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Bagaimanapun mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan petang kelmarin,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chapu di sini, semalam.

sumber : sinarharian

No comments: