Partime Job

Monday 19 March 2012

Stor kafe siber terbakar

KUANTAN — Sebuah stor simpanan barang sebuah kafe siber di Jalan Kubang Buaya dekat sini terbakar hari ini dan memusnahkan beberapa buah komputer serta sebuah pendingin hawa.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.06 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 13 anggota serta dua jentera bomba.

"Kebakaran tidak serius dan api berjaya dikawal sepenuhnya 10 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana hanya bahagian stor simpanan barang di belakang bangunan itu yang terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan jumlah kerugian.— BERNAMA

No comments: