Partime Job

Monday 19 March 2012

Penganggur dipenjara 3 tahun, disebat

GEORGE TOWN- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua kali sebatan ke atas seorang penganggur yang mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah kepada seorang

lelaki tahun lepas.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Chua Chee Wah, 26, setelah mengambil kira rayuan tertuduh bahawa dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain terpaksa menyara seorang nenek.

Chee Wah bersama-sama dua lagi yang masih bebas dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas Loo Toon Chrat, 24, dengan menggunakan sebilah pisau panjang di tingkat 1 KFC, Medan Angsana, Bandar Baru pada pukul 6.25 pagi, 11 Januari 2011.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Februari 2012.— BERNAMA

No comments: