Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Selamat tinggal Manchester City


EDIN Dzeko mempertimbangkan mahu meninggalkan Manchester City, menjelang jendela perpindahan pemain musim panas ini.

Penyerang antarabangsa Bosnia itu sebelum ini, kurang gembira apabila jarang diturunkan dalam kesebelasan utama City.

Sumber kelab mendedahkan, bos City, Roberto Mancini bersedia menyerahkan Dzeko kepada Real Madrid sebagai pertukaran bagi mendapatkan Gonzalo Higuain.

Dzeko, 26, muncul antara penyerang paling berbahaya di Eropah sebelum menyertai City pada harga £27 juta (RM132 juta) daripada Wolfsburg pada Januari 2011.

Sejak menyertai City, Dzeko meledak 13 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun hanya diturunkan dalam 14 perlawanan.

sumber : sinarharian

No comments: