Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

Polis cari waris mangsa langgar lari


TEMERLOH – Polis ­meminta orang ramai yang mengenali atau dapat mengesan ­waris seorang lelaki ­berbangsa Cina yang terlibat dalam kejadian langgar lari pada 15 Mac lepas untuk ­tampil membantu pihaknya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah, Asisten Superintendan Che Ruzlan Mahmood berkata, mangsa berusia lewat 60-an itu ditemui orang awam di simpang Taman KSM pada pagi kejadian ­selepas dilanggar sebuah kenderaan.

“Sehingga kini, polis belum menerima laporan daripada mana-mana pemilik kenderaan yang melanggar lelaki terbabit atau laporan kehilangan orang,” katanya.

Ruzlan berkata, lelaki terbabit yang tiada pengenalan diri ­dilanggar sebuah kenderaan di simpang masuk Taman KSM Mentakab kira-kira jam 6.15 pagi 15 Mac lepas.

“Dia masih dirawat di wad Kenanga 8 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan sehingga kini polis masih belum mengenal pasti waris mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, polis menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ­supaya memaklumkan kepada pihak polis.

sumber : sinarharian

No comments: