Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Risikan sebulan berhasil


KAMPAR – Sebuah kilang memproses makanan ayam diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) selepas disyaki memiliki 18 tan minyak masak tanpa kebenaran di Kawasan Perindustrian Mambang Diawan, semalam.

Serbuan pada jam 12.30 tengah hari semalam yang melibatkan tiga pegawai dijalankan selepas pihaknya melakukan risikan selama sebulan ke atas sebuah kilang penapis minyak masak di Taiping yang membekalkan minyak masak itu kepada kilang tersebut.

Pengarah PPDNKK Negeri, Mohd Hilmi Yahya berkata, hasil pemeriksaan dalam serbuan itu mendapati minyak masak berkenaan bernilai RM85,5000 serta menyita sebuah lori tangki yang penuh dengan muatan tersebut. “Pihak kami mengekori lori berkenaan dari Taiping kerana disyaki membawa bahan kawalan itu tanpa kebenaran sah dari Pengawal Bekalan dan menahan di kawasan kilang berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada minyak masak tersebut adalah minyak bersubsidi ataupun tidak,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, pihaknya turut menahan pemandu lori berusia 50 an untuk siasatan.

“Siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan syarikat berkenaan boleh didenda sehingga RM500,000. Pemantauan lebih terperinci akan dibuat bagi memastikan pengawalan terhadap barang-barang yang diberikan subsidi kerajaan hanya digunakan oleh golongan yang memerlukan dan tidak kepada syarikat atau industri,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: