Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Remaja mohon rendah hukuman akibat dadah

GEORGETOWN - Seorang remaja berusia 20 tahun dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret akibat kesalahan dadah.

Tertuduh, Harish Khan Mohamed Najeeb dari Batu Feringghi didakwa cuba memberikan diri sendiri dadah di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Timur Laut.

Tertuduh cuba melakukan kesalahan terbabit pada 7 Februari 2012 kira-kira jam 9.30 malam.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.

Harish Khan yang mengaku bersalah kemudiannya memohon supaya hukuman direndahkan kerana mempunyai ibu dan ayah.

“Saya menganggur dan berharap supaya mahkamah dapat rendahkan hukuman yang diberikan kepada saya,” katanya.

Majistret Noor Aini Yusof kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 terhadap tertuduh dan sekiranya gagal, lima bulan penjara.

“Tertuduh juga akan dikenakan tindakan pengawasan selama dua tahun,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: