Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Rayu anak pulang


ANDAR SUNGAI EMAS - Seorang ibu tidak putus berdoa dan menunggu kepulangan anak lelakinya, Muhamad Sheqal Embok, 17, yang tidak balik sejak keluar rumah pada 10 Mac lalu.

Noor Huda Abdul Karim berkata, anak lelakinya yang tidak bekerja itu keluar rumah kira-kira jam 8 malam pada hari berkenaan namun tidak pulang sehingga hari ini.

Menurutnya, Muhamad Sheqal yang merupakan anak kedua daripada empat adik beradik gagal ditemui meskipun usaha mencari telah di jalankan kami sekeluarga di merata tempat termasuk rumah rakan-rakannya.

“Pada hari dia (Muhamad Sheqal) keluar rumah, kami sekeluarga ada di rumah. Pada mulanya kami sangka dia keluar untuk ke rumah rakan-rakannya seperti biasa.

“Tetapi kami sekeluarga mula risau apabila dia tidak balik ke rumah malam itu dan kami mula mencari dia pada keesokan harinya,” katanya.

Noor Huda berkata, dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat pada hari ketiga Muhamad Sheqal tidak pulang.

“Anak saya memakai baju berwarna jingga ketika keluar rumah pada 10 Mac lalu. Saya amat berharap dia pulang segera kerana kami sekeluarga amat merinduinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Nordin Manan mengesahkan ada menerima laporan kehilangan remaja berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja berkenaan agar segera menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan David di talian 019-4274027.

sumber : sinarharian

No comments: