Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Lemas ketika beriadah

HULU LANGAT – Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi di kawasan Sungai Lopo, Batu 18, Hulu Langat bersama rakannya, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika mangsa, Muhammad Akmal Fikri Mustapa, 13, mandi beramai-ramai dengan rakannya.

Menurutnya, mangsa dan rakannya dari Persatuan Kompang/Silat Kelab Belia Enovasi Kebun Bahru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat sedang beriadah bersama guru mereka di kawasan tersebut.

“Selepas selesai mandi, mangsa naik untuk makan tengah hari sebelum mangsa bersama tiga rakan yang lain turun semula untuk mandi ketika guru mereka sedang solat.

“Guru mereka bergegas ke tempat kejadian apabila mendengar bunyi bising dan dimaklumkan salah seorang ahli kumpulan mereka lemas di celah batu dipercayai tempat air mengalir deras,” katanya.

Ab Rashid berkata, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14 sebelum dibawa ke Hospital Kajang, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor.

sumber : sinarharian

No comments: