Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 19 March 2012

Rakyat Malaysia di Syria dinasihat pulang

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan pulang ke tanah air memandangkan keadaan keselamatan di negara itu berkemungkinan menjadi lebih buruk dan membahayakan keselamatan.

Dalam mengeluarkan nasihat itu, Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Damsyik menyarankan semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan mengelak perjalanan tidak perlu.

"Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan buat sementara waktu lawatan ke Syria sehingga keadaan bertambah baik," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata pihak kedutaan mengesahkan semua 168 warga Malaysia yang berdaftar dengannya selamat dan tidak terlibat dalam kejadian letupan bom di tengah kota Damsyik yang menyebabkan 27 kematian dan mencederakan 140 yang lain.

"Kementerian Luar memohon kerjasama rakyat Malaysia di Syria untuk mendaftarkan diri dengan kedutaan jika masih belum berbuat demikian," kata kenyataan itu.- Bernama

No comments: