Partime Job

Monday 19 March 2012

CA: Pusat kanak-kanak antara tuntutan Nube

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) telah menyertakan klausa penubuhan pusat asuhan kanak-kanak di semua premis bank sebagai salah satu tuntutan dalam rundingan Perjanjian Bersama (CA) yang kini dirangka.

Perjanjian CA antara Nube, yang dianggotai oleh 30,000 ahli, dengan 35 bank komersial berakhir 31 Disember lepas.

Setiausaha Agungnya J. Solomon memberitahu Bernama hari ini bahawa adalah penting untuk mewujudkan pusat itu berikutan majoriti ahlinya tidak mampu menggajikan pembantu rumah atau menghantar anak mereka ke pusat jagaan swasta.

Dalam konteks itu, kesatuan itu menyokong saranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bahawa syarikat sektor swasta menyediakan pusat asuhan
kanak-kanak di premis masing-masing.

Solomon berkata kesatuan itu kini dalam proses menubuhkan pusat asuhannya sendiri.

Beliau berharap pihak bank akan memberi respons positif kepada cadangan kesatuan itu kerana ia akan memanfaatkan pekerja mereka khususnya pekerja wanita.

sumber : sinarharian

No comments: