Partime Job

Thursday 22 March 2012

Premis tinggal milik siapa?


BAHAU - Masalah bangu­-nan terbiar berhampiran Taman Serting Jaya, di sini masih belum nampak tanda penyelesaiannya sehingga menyebabkan kawasan berkenaan kini berhutan.

Sebelum ini kerja pembersihan sekitar bangunan berkenaan sudah dibuat pihak berkaitan, bagaimanapun ia kembali seperti asal apabila tidak ada usaha pemantauan.

Akibatnya, kawasan berkenaan kembali bersemak sehingga menyebabkan rasa kurang senang penduduk sekitar.

Penduduk mendakwa terdapat binatang berbisa di kawasan bangunan berkenaan, termasuk ular yang dikesan masuk ke dalam rumah.

Setiausaha Pertubuhan dan Kemajuan Penduduk Taman (PKDKP) Serting Jaya, Rusnah Zamzam berkata, deretan rumah tinggal itu difahamkan sebelum ini mempunyai penghuni.

“Namun, entah mana silapnya, mereka tidak mendiami rumah berkenaan. Jadi, ia terbiar dan bersemak selepas ditinggalkan.

“Kadang-kala terdapat anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan taman perumahan. Keadaan itu amat membimbangkan, terutama melibatkan keselamatan penduduk.

“Kita ada menerima banyak rungutan daripada penduduk di sini dan telah bangkitkan isu itu dalam Mesyuarat Agung Kali Pertama PKDKP, baru-baru ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di taman perumahan itu, semalam.

Rusnah berkata, penduduk memohon pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kita bersedia bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk sama-sama cari jalan penyelesaian. Sekiranya bangunan ini dirobohkan, dikhuatiri akan mengundang kemarahanpemilik asal rumah.

“Tetapi, rata-rata pemilik rumah di situ kini sukar dijejaki kerana gagal dihubungi. Mungkin mereka sudah bertukar alamat atau telefon,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: