Partime Job

Thursday 22 March 2012

Panggil semua tetamu sebagai ‘cikgu’


SERTING HILIR - Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) memanggil semua petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang datang ke rumahnya sebagai ‘cikgu’.Mohd Alizan Zakaria, 24, yang cacat penglihatan dan berkepala besar sejak kecil memanggil demikian ketika kehadiran skuad sayang Felda Serting di sini.

Walaupun sakit, Mohd Alizan kelihatan begitu ceria, selain petah bercakap sehingga menimbulkan rasa simpati di kalangan hadirin.

Dia kini dijaga sepenuhnya oleh abang tirinya, Rizal Mat Diah, 39.

Rizal berkata, sebelum ini, saiz kepala adiknya lebih besar dari sekarang, namun kelihatan semakin susut mungkin disebabkan faktor usia.

“Dia memang peramah dan suka bercakap apabila ada orang datang melawatnya. Sungguhpun begitu, dia tidak banyak kerenah.

“Tetapi agak sukar untuk membawanya keluar bersiar dekat luar kerana saya tidak punyai kerusi roda. Jadi, untuk memandikannya atau ke mana-mana saya akan angkat dia.

“ Saya hanya baringkan atas tilam dan tidak menggunakan katil. Bimbang jika dia terjatuh ketika dia mengereng,” katanya ketika ditemui semasa kunju­-ngan berkenaan.

Hadir sama melawat Mohd Alizan, Ketua Umno cawangan Felda Serting Hilir 4, Muhammad Ismail.

Rizal berkata, dia amat berbesar hati ada pihak sudi menyumbang atau membantunya mendapatkan kerusi roda atau katil mudah laras untuk adiknya.

“Jika ada kerusi roda lebih mudah untuk membawa adik saya ke mana-mana.

“Bagaimanapun, adik dapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300,” katanya.

Sementara itu, keadaan Mohd Alizan juga mendapat perhatian Pemuda Umno Jempol yang memberi sumbangan berbentuk makanan harian, baru-baru ini.

sumber : sinarharian

No comments: