Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Permaisuri Agong lancar Mercedes Benz Stylo Fashion Grand Prix


KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat menyaksikan pertunjukan fesyen, Mercedes Benz Stylo Fashion Grand Prix 2012 di Menara Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Baginda turut berkenan memotong riben sebagai menandakan pelancaran acara yang bertemakan "Fashion Fantasies in the Sky" di ruang terbuka menara itu yang berlatarbelakangkan panorama metropolitan Kuala Lumpur.

Acara yang dianjurkan syarikat fesyen tempatan Stylo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke arah mengangkat pereka fesyen Malaysia ke peringkat antarabangsa dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar raya fesyen dunia melalui bakat tempatan dalam dunia itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz Roland Folger berkata Kuala Lumpur akan menjadi bandar raya fesyen dengan penglibatan bakat pereka fesyen tempatan dalam pertunjukan antarabangsa di London, Mumbai dan kota fesyen lain di merata dunia.

Pertunjukan fesyen itu menampilkan persembahan 10 pereka fesyen terkenal daripada Persatuan Pereka Bumiputera, antaranya Datuk Radzuan Radzwill, Nazreen Idris, Fizi Woo, Rahman Saif, Melvin Shah, Sandra Azwan dan Ramond Zack.- Bernama

No comments: