Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Serap pekerja kontrak berprestasi baik

GEORGETOWN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan senarai pekerja kontrak berprestasi baik untuk diserap ke jawatan tetap.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Cuepacs membangkitkan isu pekerja kontrak untuk diserapkan jawatan tetap.

Menurutnya, Perdana Menteri meminta Cuepacs mengenal pasti jumlah keseluruhan pekerja berstatus kontrak di seluruh negara.

“Berikutan itu, Cuepacs menjalankan satu kajian dengan mengarahkan semua persatuan dan agensi kerajaan memberikan maklum balas dalam masa dua minggu,” katanya selepas menghadiri Majlis bersama Presiden Cuepascs, di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, semalam.

Majlis anjuran Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) itu mendapat sambutan warga USM dan kakitangan awam persekutuan dan negeri untuk mendengar taklimat khas berkenaan pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata, langkah itu adil bagi membolehkan mereka mendapat kemuda­han pencen apabila menamatkan perkhidma­tan disebabkan jumlah kasar dijangka seramai 35,000 pekerja kontrak berkhidmat dengan sektor awam.

sumber : sinarharian

No comments: