Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Perda jangka capai 6,000 ekor kambing Disember ini

BUTTERWORTH - Projek Ternakan Kambing Komersial di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dijangka mencapai 6,000 ekor kambing Disember ini yang akan membolehkan Perda memulakan polisi beli balik awal tahun depan.

Pengerusinya Datuk Azhar Ibrahim berkata polisi beli balik merupakan satu program di mana Perda akan memberi kambing kepada penternak untuk dibiak dan apabila sampai tempoh jagaan, Perda akan membeli balik kambing itu untuk pasaran komersial.

Permintaan untuk kambing jantan amat tinggi yang boleh mencecah RM500 seekor, katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja ke projek-projek utama Perda daerah Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Azhar berkata projek itu bertujuan untuk membangunkan industri ternakan kambing yang diiktiraf bagi menghasilkan baka dan daging yang berkualiti dengan harga yang kompetitif untuk menyumbang kepada keperluan negara. Projek itu memainkan peranan penting dalam industri asas tani negara dalam ternakan kambing terunggul dalam pembakaan dan pembiakan kambing kacukan 'Bertam Boer'.

Ia juga berperanan dalam menjadikan Perda sebagai pembekal utama baka kambing kacukan itu yang bermutu tinggi kepada penternak-penternak kambing di Pulau Pinang dan menjadi pembekal utama daging kambing berkualiti tinggi di kawasan utara.

Projek yang dilaksanakan oleh Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Perda bermula dari tahun 2004 dengan 450 ekor kambing betina dan 15 ekor kambing jantan dan setakat 29 Feb lepas, terdapat 2,401 ekor kambing.

Mengenai kekosongan di Perda Food Park, Azhar berkata Perda sedang berusaha menarik pengusaha khususnya Bumiputera untuk membangunkan industri kecil di situ. Beliau berkata seramai 10 usahawan kini beroperasi di Perda Food Park dengan harapan mencapai 16 usahawan tahun ini.

Projek dibawah Perda Food Park dan program inkubator itu bertujuan untuk membantu usahawan kecil supaya mereka dapat mengusahakan perniagaan dalam keadaan berdaya saing, besar, bersih dan selesa. Program inkubator itu menyediakan semua keperluan kepada usahawan pembuatan makanan seperti kilang bimbingan, mesin dan peralatan, latihan, khidmat nasihat dan pemasaran.

Semua produk yang dikeluarkan oleh usahawan di bawah program inkubator akan dibungkus dalam bungkusan yang menepati standard antarabangsa untuk pasaran Malaysia dan export. Produk akan dipasarkan di bawah jenama 'Pinang' Sejumlah RM40 juta telah dilaburkan setakat 31 Dis, 2011 dalam Perda Food Park dan program inkubator. - Bernama

No comments: