Partime Job

Thursday 22 March 2012

Pedro mahu tebus maruah


PELUMBA pasukan Formula Satu HRT Cosworth, Pedro de la Rosa bertekad memperbaiki rekod di Grand Prix Malaysia Petronas selepas tersingkir awal pada aksi GP Australia, minggu lalu.

Bakal berdepan cuaca panas di Malaysia, De la Rosa mengakui Litar Antarabangsa Sepang antara litar paling sukar ditangani oleh jentera, mahupun pemandu.

“Di Malaysia kami mempunyai kaedah bagi mengurangkan geseran dan meningkatkan kuasa stereng dalam masa yang singkat kerana pada saingan lepas kami hanya berjaya melengkapkan tujuh pusingan sahaja.

“Saya perlu menyesuaikan diri dengan litar dan kesesuaian kereta, sekiranya berjaya kita mampu melakar kejutan untuk saingan kali ini,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: