Partime Job

Thursday 22 March 2012

Pengiktirafan suntik kejayaan pelajar


KUALA TERENGGANU – Pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan Kerajaan Negeri terhadap pelajar berjaya peroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan nyata memberi perkembangan positif.

Perkara ini terbukti apabila Terengganu sekali lagi memperoleh pencapaian membanggakan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan catatan rekod terbaik dalam tempoh empat tahun Gred Purata Negeri (GPN) meningkat 4.92 berbanding 5.03 pada 2010 serta mengatasi Gred Nilai Purata Nasional (5.04).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peningkatan yang ditunjukkan setiap tahun dalam kesemua peperiksaan awam jelas membuktikan sokongan dan komitmen berterusan kerajaan.

“Alhamdulillah dan tahniah kepada semua calon SPM, kita percaya peningkatan berlaku adalah disebabkan kesungguhan dan komitmen kerajaan yang memberi pengiktirafan kepada pelajar dan guru cemerlang, nyata penghargaan berjaya meningkatkan moral pelajar,” katanya.

“Meskipun jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu (SPM) pada tahun lalu sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya, tetapi pelajar kita masih unggul dalam keputusan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Sementara itu dalam majlis sama, Ahmad turut menyaksikan Penyerahan Cek Sumbangan Zakat Etiqa Insurans dan Takaful kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu bernilai RM190,469.

Sumbangan disampaikan Ketua pegawai komersialnya, Shahril Azuar Jimin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Wan Sulaiman.

sumber : sinarharian

No comments: