Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Pakej kahwin: Diskaun Felda D'Saji RM10,000


KUALA LUMPUR - Felda D'Saji menawarkan diskaun sehingga RM10,000 kepada bakal pengantin yang ingin mengadakan majlis perkahwinan pada
hari Isnin hingga Khamis.

Pengerusi D'Saji Restaurant & Cafe, Datuk Mat Abas Mat Yusof berkata, promosi yang akan berjalan untuk tempoh setahun bermula bulan ini, bagaimanapun tidak
termasuk semasa cuti am dan cuti persekolahan.

"Sambutan orang ramai terhadap pakej perkahwinan di Felda D'Saji adalah amat menggalakkan dan terdapat juga tempahan yang dibuat dua tahun lebih awal bagi
mendapatkan tarikh yang diidamkan.

"Justeru bagi memberikan peluang dan pilihan kepada para pelanggan tanpa perlu menunggu lama, Felda D'Saji menawarkan pakej promosi di tiga lokasi utama
dengan diskaun istimewa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pakej Perkahwinan Jom Jimat @ D'Saji.

Beliau berkata untuk majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Perdana Felda diskaun diberikan sehingga RM10,000, Dewan Merak Kayangan sehingga RM5,000 dan
Felda Villa Kuala Lumpur sehingga RM3,000.

Katanya, minimum bilangan tetamu jemputan bagi pakej perkahwinan tersebut di Dewan Perdana Felda adalah 700 orang manakala Dewan Merak Kayangan, 500 orang
dan Felda Villa Kuala Lumpur 400 orang.

"Majlis pada hari bekerja bukan perkara ganjil dan sebenarnya mencatatkan peratusan kehadiran yang lebih tinggi berbanding hari cuti kerana jemputan
mungkin mempunyai pelan untuk bercuti dan memenuhi jemputan lain yang banyak," katanya.

Pakej perkahwinan lengkap itu bermula pada harga RM68 hingga RM96 untuk seorang dan turut sah bagi sebarang majlis makan malam.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat jualan Felda D'Saji di talian 03-2698 8302 atau melayari laman web www.feldadsaji.com.my atau
menghantar emel ke d'saji@felda.net.my.

Sementara itu, Mat Abas berkata Felda D'Saji yang memiliki perniagaan di Mekah, Arab Saudi, kini turut meninjau potensi peluang perniagaan di Abu Dhabi,
London dan Wales," katanya. - Bernama

No comments: