Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Saksi F1 Grand Prix Malaysia guna telefon bimbit

KUALA LUMPUR - Peminat perlumbaan Formula 1 (F1) yangtidak berpeluang ke Litar Sepang hujung minggu ini masih boleh mengikuti aksimenarik perlumbaan itu menerusi telefon bimbit melalui "MoSportz" iaitu portalberita yang dibangunkan oleh Novosol.

Menurut kenyataan Novosol Sdn Bhd hari ini aplikasi itu boleh diakses menerusi http://mospotrtz.com yang menyajikan maklumat lengkap dengan berita bergambar dunia F1 termasuk aksi-aksi pemandu seperti Honda Jenson Button dan Lewis Hamilton serta pelumba Red Bull Sebastien Vettel.

"Pengguna telefon bimbit yang berpergian dan jauh daripada liputan TV boleh mengikuti liputan langsung GP Malaysia termasuk info terkini, kedudukan pemandu dari pusingan ke pusingan dan keputusan terkini pada papan skrol bergerak MoSportz.

"Selain itu pengguna juga boleh melihat paparan berita bergambar dan video bergambar MoSportz yang merangkumi prebiu dan imbasan perlumbaan, statistik, trivia dan gosip menarik dunia F1," menurut kenyataan itu.

Selain daripada perlumbaan Formula 1, MoSportz juga menyediakan berita dan maklumat sukan lain termasuk tenis, golf dan hoki seperti Tenis Terbuka Australia dan Dubai baru-baru ini serta liputan Sukan Olimpik di London 2012 Julai ini.

Untuk info terkini MoSportz, pengguna juga boleh menyertai Facebook Mosportz iaitu http://facebook.com/mosportz. - Bernama

No comments: