Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Tiada pengurangan bayaran saman JPJ pada Program Bertemu Pelanggan

JASIN - Pesalah lalu lintas perlu menjelaskan bayaran saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengikut jumlah kompaun
yang dikenakan tanpa pengurangan atau diskaun walaupun rayuan dibuat pada Program Pengarah Bertemu Pelanggan.

Pengarah JPJ Melaka, Mohd Fadhil Hassan berkata, ini kerana semua saman yang dikeluarkan telah direkodkan dalam sistem komputer yang tetap dan sistematik.

"Pengurangan jumlah saman itu juga tidak dapat diperolehi walaupun mereka menghadiri Program Pengarah Bertemu Pelanggan seperti hari ini kerana kuasa
tersebut di luar bidang saya.

"Jika ada yang kena sama RM150, RM150 dia perlu bayar dan kita terangkan tiada lagi pengurangan saman dan tidak perlu datang merayu," katanya pada sidang
media selepas program tersebut di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau, di sini hari ini.-Bernama

No comments: