KOTA BHARU- Orang kurang upaya (OKU) di negeri ini digesa tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang mahu menggunakan keadaan mereka atas nama hak asasi seperti terlibat demonstrasi jalanan.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob berkata, laungan hak asasi tidak sepatutnya dibuat berlebihan sehingga meminggirkan prinsip keamanan dan juga peraturan yang ditetapkan dalam agama.
“Pada masa ini, tuntutan hak asasi melampaui batas menjadi punca golongan lesbian, gay,biseksual dan transeksual (LGBT) semakin berani menonjolkan orientasi seks mereka dalam masyarakat.
“Walaupun kita OKU, tetapi kita masih ada kelebihan yang dikurniakan iaitu kecerdikan untuk berfikir tentang perkara baik dan buruk,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Seminar Intelektual Muslim dan Mesyurat Agung Tahunan Majlis Intelektual Melayu (MIM) OKU Malaysia.
Prof Dr Hashim berkata, golongan OKU perlu menggunakan kudrat intelektual yang ada dan mengembangkannya untuk usaha yang memberi manfaat bukan sahaja bagi membantu diri sendiri, tetapi untuk masyarakat umum.
“MIM bukan untuk bersaing dengan persatuan OKU lain, tetapi sebagai pelengkap kerana belum ada lagi persatuan OKU Melayu Islam yang khusus ditubuhkan bagi mendukung prinsip keilmuan, berbanding orang bukan Melayu yang sudah mendahului dengan adanya persatuan mereka sendiri.
“Kita tidak akan terima cara agresif sesetengah OKU yang terpengaruh dengan demonstrasi jalanan untuk menuntut perkara yang tidak dilayan pemerintah, tetapi kami akan melakukannya secara berhemah,” katanya.
sumber : sinarharian
No comments:
Post a Comment