Partime Job

Monday 19 March 2012

Fama beri jaminan beli 400 tan hasil pertanian

KOTA BHARU- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan menjamin akan membeli semua hasil pertanian ladang kontrak yang diusahakan kira-kira 400 tan di ladang kontrak dan Projek Diraja Kelantan (PDRK) seluruh daerah di negeri ini mulai 4 April nanti.

Pengarah Fama Wilayah Timur 1, Mohd Ariffin Awang berkata, berjanji akan membeli 100 peratus jenis tanaman mengikut kategori yang tertera dalam kontrak perjanjian bagi menstabilkan harga dan mengelak lambakan.

“Tahun lalu, Fama membeli RM12 juta dengan RM3 juta daripada ladang kontrak di Kelantan dan selebihnya daripada ladang luar kontrak.

“Peserta yang menandatangani kontrak dengan Fama, kami akan gunakan kaedah membeli mengikut perjanjian dan apa yang penting adalah tanda tangan kerana ia membuktikan tanggung jawab kepada Fama dan peserta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (FA) di antara Fama dengan Peserta Ladang Kontrak MOA Incorporation di PDRK Kampung Banggol, di sini.

Majlis berkenaan dihadiri tiga ketua blok, Ketua Blok 1, Jazalan Nik Daud, Ketua Blok 2, Mohd Noor Hassan dan Ketua Blok 3, Salleh kassim serta ketua penanam pisang Kuala Krai.

Mohd Ariffin berkata, di PDRK Kampung Banggol terdapat 29 peserta yang mengerjakan tanaman terdiri daripada tembikai wangi (jade dew), tembikai madu, tembikai kuning jati, boci (seedless) seluas 21.85 hektar.

Kata beliau, program itu baik kerana ia memberi jaminan menanam dan paling penting dari segi pemasaran apabila ada orang jamin beli dan bayaran akan dibuat oleh Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Kota Baharu kerana tanah tersebut dimiliki pejabat tersebut.

Menurutnya, hasil pertanian yang dibeli Fama akan dipasarkan di Terminal Agribisnes Negara (Teman), Tunjong, di sini, yang mana, selama lima bulan 10 hari iaitu dari 21 Julai tahun lalu hingga 31 Disember 2011, sebanyak RM90 juta nilai urus niaga diperoleh.

“Ia bermakna, banyak lagi barangan boleh diniagakan di situ dan statistik terbaru bermula 1 Januari tahun ini hingga 31 Januari lalu, sebanyak RM18 juta nilai urusniaga diperoleh di Teman, Tunjong.

“Ia juga menempatkan secara purata 300 hingga 405 peniaga (jumlahnya tidak tetap dalam sehari), dan pada 4 Mei nanti, Teman akan diisytiharkan sebagai nama baru iaitu Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kota Bharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya

sumber : sinarharian

No comments: