Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Misteri kewujudan pondok di Felda Palong terjawab

JEMPOL – Misteri beberapa pondok yang dibina di sekitar Felda Palong di sini, terjawab apabila Jabatan Imigresen Negeri Sembilan mengadakan pemeriksaan terhadap pondok berkenaan, petang kelmarin.

Ketua Bahagian Penguat­kuasa Jabatan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, hasil pemeriksaan mendapati pondok tersebut dibina sebagai tempat hiburan bagi warga asing yang dipercayai bersembunyi di dalam kawasan tersebut.

Katanya, pondok dibina kira-kira 10 kilometer dari jalan utama itu, dilengkapi set karaoke dipercayai digunakan warga asing berkenaan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kita telah melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira 2 petang. Namun, semasa serbuan dilakukan tiada seorang warga asing yang berada di kawasan itu, menyebabkan kita gagal mengesan warga asing yang dipercayai bersembunyi dikawasan ini. Kita percaya mereka telah menyedari kehadiran pihak berkuasa, memandangkan bunyi kenderaan yang memasuki kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut beliau, siasatan pihaknya mendapati lokasi itu dipercayai menjadi tempat utama warga asing di sekitar kawasan berkenaan untuk berkumpul dan mendapatkan hiburan.

“Kegiatan itu dipercayai beroperasi pada setiap hujung bulan, namun kita masih menjalankan siasatan mengenai perkara berkenaan. Kita sebelum ini sudah melakukan beberapa risikan dan akan menjalankan operasi secara berterusan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: