Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Anak jadi mangsa hutang ayah


KEPONG - Seorang peniaga tertekan selepas kerap diancam dan diugut ah long sejak Februari lalu yang menuntut hutang ayahnya mencecah hingga RM30,000.

Mangsa, Chong Wen Cheah berkata, insiden itu berlaku selepas ayahnya gagal dikesan.

Menurutnya, situasi yang berlaku bukan hanya menyebabkan kehidupannya huru hara, malah perniagaan kedai makan yang diusahakan turut terjejas apabila sering diganggu ah long.

“Kedai saya sudah tiga kali dibaling cat merah, pertama selepas sambutan Tahun Baru Cina lalu dan sepanjang Mac ini sahaja, sudah dua hari berturut-turut perkara sama berlaku.\

“Saya juga kerap menerima gangguan serta ugutan­ melalui panggilan telefon daripada kumpulan ini,” katanya ketika ditemui di kedai miliknya yang turut dihadiri Pengerusi Biro Aduan Gerakan, Wilson Lau.

Wen Cheah berkata, dua laporan polis sudah dibuat selepas menerima panggilan berbaur ugutan, namun ah long masih mengganggu dan menuntut agar hutang berkenaan dijelaskan.

Dalam perkembangan sama, Wilson berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul berhubung ugutan dan ancaman ah long kepada mangsa bersama lampiran bukti yang menunjukkan gambar dengan nombor telefon ah long berkenaan.

Menurutnya, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik mangsa, menunjukkan jelas imej orang yang sama membaling cat merupakan bukti penting yang boleh digunakan polis untuk melakukan siasatan.

“Difahamkan setakat ini, hanya mangsa yang tampil memberi keterangan dan tiada sebarang perkembangan tangkapan ah long berkenaan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: