Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Shikin Dan Suami Tak Tinggal Serumah Lagi


Berikutan rumahtangga yang diibaratkan 'retak menanti belah', penyanyi dangdut terkenal, Aishah Dahlan atau lebih dikenali sebagai Shikin, dikhabarkan lebih selesa untuk tidak tinggal sebumbung dengan suaminya berikutan tiada persefahaman lagi antara mereka.

Dipetik dari sebuah portal berita, Shikin menjelaskan dia dan suami, Ahmad Zuki Mohd Zain, 36, tidak lagi tinggal serumah sejak lebih setahun namun masih kekal suami isteri demi mengenang cahaya mata mereka, Qistina Balqis yang baru berusia tujuh tahun.

“Saya dan Zull tidak berniat untuk bercerai buat masa ini tetapi saya tidak dapat menjangkakan jika jodoh saya masih panjang dengannya atau tidak pada masa hadapan. Tetapi kami masing-masing selesa dengan keadaan sekarang iaitu untuk tidak tinggal serumah,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Shikin enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kemelut antara dirinya dan suami.

Selain itu, penyanyi ini juga memberitahu bahawa dia dan suami sepakat untuk tidak memfailkan penceraian serta ‘malas’ untuk berulang-alik ke mahkamah syariah atas tujuan tersebut.

Shikin dan Ahmad Zuki diijabkabulkan pada 27 September 2003 dan masalah berkaitan rumahtangga mereka mula tercetus sejak tahun lalu.

sumber : mediahiburan.karangkraf.com

No comments: