Partime Job

Monday 26 March 2012

'Martabatkan tulisan jawi'

ARAU – Menteri Besar menggesa agar lebih banyak syarikat penerbitan buku dan penulis memperbanyakkan bahan ilmiah berbentuk jawi agar menjadi satu tarikan dalam usaha menggalakkan generasi muda meminati tulisan itu.

Senator Khalid Ahmad yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu membaca teks ucapan berkata, hal itu penting untuk mendidik golongan muda supaya tidak terhad pembacaannya dan hanya tertumpu kepada tulisan rumi sahaja.

Menurutnya, setiap masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk memartabatkan tulisan jawi.

“Ibu bapa perlu memberikan galakkan kepada anak-anak untuk memahami tulisan jawi, kerana ia satu warisan bangsa Melayu selain ia turut boleh dipelajari oleh bangsa-bangsa lain di negara ini,” katanya ketika berucap sempena Karnival Sastera Budaya Negeri Perlis, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nukilan Unggul Publication Sdn Bhd, Khairul Hazamy Abdul Ghani berkata, pihaknya melihat tulisan jawi adalah sebagai satu warisan pusaka Melayu yang perlu dipertahankan.

Menurutnya, pihaknya turut menyasarkan 20 hingga 30 naskah buku akan diterbitkan dalam tulisan jawi pada setiap tahun.

sumber : sinarharian

No comments: