Partime Job

Thursday 22 March 2012

Lima premis pusat hiburan dikenakan kompaun


KANGAR – Sebanyak lima kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) semasa Operasi Hiburan yang melibatkan lima premis perniagaan di beberapa kawasan di negeri itu.

Ahli Majlis Perbandaran Kangar, Chan Poo Pee berkata, tiga kompaun dikeluarkan ke atas peniaga yang melanggar Enakmen Hiburan 1987 yang membawa kepada hukuman denda sehingga RM500 jika disabit kesalahan.

Manakala dua lagi kompaun dikeluarkan ke atas peniaga yang melanggar Undang Undang Kecil Perdagangan, Perindustrian 1984 yang membawa hukuman denda sehingga RM200 jika disabitkan kesalahan.

Menurutnya, pihaknya mengambil tindakan segera setelah mendapat banyak aduan mengenai pusat hiburan terbabit yang didakwa menganggu penduduk.

Kedudukan pusat hiburan itu juga dikatakan berhampiran kawasan sekolah dan asrama.

“Semalam seramai 24 anggota yang menyertai operasi ini antaranya MPK, polis, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang masing-masing bertungkus lumus dalam operasi ini.

“Pada malam ini kita telah membuat operasi di lima kawasan yang seringkali mendapat aduan daripada orang ramai iaitu di Kangar, Simpang Empat, Sungai Beremang, Behor Gelam dan Kok Klang di Padang Besar,” katanya.

Poo Pee berkata, semasa operasi pertama dijalankan di Jalan Bukit Lagi, Kangar seorang pelajar tingkatan empat didapati positif dadah setelah ujian air kencing di jalankan pihak AADK semasa remaja terbabit sedang berkaraoke di pusat hiburan berkenaan.

Poo Pee yang juga merangkap Pengerusi Kacau Ganggu dan Halangan berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya turut memantau premis-premis yang beroperasi lebih daripada masa yang ditetapkan.

“Mengenai premis yang seringkali melakukan kesalahan yang sama, kita akan mengenakan tindakan susulan. Setakat ini kesemua pusat hiburan di negeri ini masih terkawal dan kita juga akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengelak sebarang masalah yang salah di sisi undang-undang timbul,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: