Partime Job

Monday 26 March 2012

Kutipan zakat 2012 di Pahang dianggar RM90 juta

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyasarkan kutipan zakat di negeri itu tahun ini mencecah RM90 juta berbanding RM82 juta yang dikutip tahun lepas.

Menurut Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Yang Dipertua MUIP, jumlah itu dijangka dapat dicapai menerusi peningkatan jumlah pembayar yang meningkat saban tahun.

"Kita melihat kesedaran pembayar zakat semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan RM2.7 juta zakat perniagaan oleh beberapa badan korporat Pahang di Istana Abd Aziz di sini hari ini.

Menurut Tengku Abdullah, bilangan pembayar zakat tahun ini dianggar 65,000 orang berbanding 61,000 tahun lepas.- Bernama

No comments: