Partime Job

Monday 26 March 2012

Lelaki terima penghargaan bantu polis tumpaskan geng Anuar Bentong

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang membantu polis menangkap suspek sehingga tumpasnya kumpulan curi motosikal 'Geng Anuar Bentong' pada awal bulan ini, menerima surat penghargaan sempena sambutan Hari Polis ke-205.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul, 46, itu membantu polis menyelesaikan lebih tujuh kes curi motosikal di daerah ini dan Kelang melibatkan kumpulan tersebut.

"Kita berikan surat penghargaan ini kerana keberanian dan kerjasama yang diberikan oleh Abdul yang mengejar suspek sebaik ternampak kumpulan itu sedang mencuri motosikal di kawasan perumahan di Flat Seksyen 7 di sini pada 7 Mac lepas," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Polis ke-205 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, berkata seramai 140 anggota, kadet polis dan orang awam diberikan surat penghargaan sempena sambutan itu.

Sumbangan pihak media turut dihargai apabila lima anggota media yang bertugas di Selangor menerima surat penghargaan iaitu Syarrizuan Abdul Rashid dari Bernama, Nurul Awatif Romli (Harian Metro), Noor Syaidatool Aqma Mohd Noor (Berita Harian), Azian Aziz (Utusan Malaysia) dan Sarinah Salleh (NTV7).- Bernama

No comments: