Partime Job

Monday 5 March 2012

Kelantan tertinggi diabetes

KOTA BHARU 4 Mac - Kelantan mencatatkan jumlah pesakit diabetes tertinggi di negara ini dengan peningkatan mendadak pada tahun lalu kerana budaya masyarakat di negeri ini yang suka makanan manis.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pada tahun lalu seramai 25,000 pesakit diabetes dikenal pasti di negeri ini dengan lebih 4,000 pesakit baru.

Malah beliau mengakui kempen kurangkan gula yang diadakan oleh Kerajaan Pas Kelantan dan Kementerian Kesihatan di negeri ini gagal membendung penyakit tersebut.

"Secara keseluruhannya berbanding tahun-tahun lalu, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak dan saya akui kempen yang kita lakukan sebelum ini gagal.

"Kita perlu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang maksud gula yang sebenar kerana sebenarnya karbohidrat juga adalah gula," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohamad Awang (Pas-Gual Periok) pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments: