Partime Job

Monday 5 March 2012

Segera beri geran hak milik


JERANTUT 4 Mac - Seramai 129 peneroka Felda Kota Gelanggi 4 di sini berharap kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu geran hak milik yang dinanti-nantikan oleh mereka sejak empat tahun lalu.

Kesemua mereka yang menjadi peneroka sejak 33 tahun lalu kecewa kerana penantian untuk mendapatkan geran tersebut belum mendapat jawapan daripada kerajaan negeri.

Seorang peneroka Felda Kota Gelanggi 4, Zakaria Darus, 60, berkata, hanya beberapa orang peneroka asal sahaja yang masih menetap di tanah rancangan itu manakala yang lain adalah generasi kedua dan ketiga.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments: