Partime Job

Monday 19 March 2012

Hantar 1 SMS menang Savvy

BUKIT JALIL: “Mula-mula saya tak percaya apabila diberitahu memenangi sebuah Proton Savvy melalui pertandingan SMS Proton ini namun selepas dihantar e-mel sebagai bukti pengesahan, baru saya percaya,” kata Mohd Nazib Ithnin, 34.

Dia antara tiga pemenang utama Pertandingan SMS dan Menang ‘Proton Power Of 1’ yang melayakkan mereka memenangi Proton Savvy setiap seorang selain beberapa hadiah sampingan lain bernilai lebihRM7,000.


Ekspo itu diadakan selama lima hari bermula Rabu lalu itu mendapat sambutan menggalakkan apabila dianggarkan lebih 50, 000 pengunjung membanjiri tapak program di tempat letak kereta A, Stadium Bukit Jalil, di sini.

Mohd Nazib berkata, dia tidak menyangka penyertaannya kali pertama dalam pertandingan seumpama itu membolehkannya membawa pulang hadiah bernilai lebih RM35,000, malah lebih mengujakan apabila panggilan maklum balas itu diterimanya pada hari yang sama.


“Saya datang mengunjungi ekspo ini pada Khamis lalu dan tidak tahu apa-apa mengenai pertandingan ini namun selepas seorang kakitangan memberikan risalah pertandingan, saya terus mencuba nasib menghantar SMS terbabit.


“Rasa macam mustahil. Siapa yang akan percaya sekiranya diberitahu anda memenangi kereta dengan hanya menghantar satu SMS, namun sama ada percaya atau tidak, itulah hakikatnya,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: