Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Gadis diculik diselamat di Bangkok

SHAH ALAM: Polis Selangor dengan kerjasama Royal Thai Police (RTP) berjaya menyelesaikan satu kes penculikan membabitkan seorang remaja perempuan dipercayai diculik kira-kira seminggu lalu.

Difahamkan remaja berusia 14 tahun itu berjaya ditemui bersama lima kanak-kanak Myanmar di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok pada 11 Mac lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah, berkata ibu mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada 12 Mac lalu di Balai Polis Seksyen 11, di sini.

Katanya, ibu mangsa menerima panggilan telefon dari anaknya jam 4.57 petang yang mengatakan dia diculik bersama kanak-kanak Myanmar.


“Semua mereka kemudian dibawa masuk ke Thailand oleh kumpulan penculik berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.


Adnan berkata, mereka yang diculik diselamatkan RTP pada 11 Mac lalu di Stesen Kereta api Hualamphong selepas remaja terbabit melarikan diri.


sumber : mymetro

No comments: