Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Hakisan punca jalan sempit


SEREMBAN – Keadaan tebing Sungai Emi di Kampung Kubot di sini, semakin membimbangkan apabila berlakunya beberapa runtuhan tanah, sejak tiga minggu yang lalu.

Penduduk, R Vijay, 39, berkata, masalah hakisan tanah itu telah lama berlaku tetapi kini dilihat semakin serius.

Katanya, keadaan semakin membimbangkan apabila musim hujan kerana tebing sungai terhakis, sekali gus runtuh dibawa arus deras.

“Ini adalah jalan utama penduduk untuk keluar masuk ke Kampung Kubot. Bukan bukan sahaja terdapat kawasan perumahan, malah ada juga sebuah kilang kicap yang beroperasi di belakang kampung ini.

“Berikutan masalah yang dihadapi ini, jalan semakin sempit akibat runtuhan tebing tanah,” katanya kepada Sinar Harian ketika melihat tebing runtuh di kampung berkenaan, sema­lam.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Amunuddin Harun dan Adun Senawang, P Gunasekaran.

Vijay berkata, dia bimbang kerana kanak-kanak turut melalui jalan berkenaan untuk ke sekolah.

“Risau apabila memikirkan apabila basikal ditunggangi mereka berselisih dengan lori di jalan yang sempit. Sebelum kejadian buruk berlaku, saya minta pihak berkenaan ambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez berkata, masalah itu akan dimaklumkan kepada pihak berkaitan dalam masa terdekat.

sumber : sinarharian

No comments: