Partime Job

Monday 19 March 2012

gila Myvi Club meriahkan Sinar Automart


SHAH ALAM - Gila Myvi Club menyerlahkan kreativiti hampir 15 Myvi pada pameran Sinar Automart bagi ciri ubah suai mengikut cita rasa yang melibatkan perbelanjaan hampir RM26,000 setiap kereta.

Presidennya, Mohd Afiq Tahar berkata, seramai 272 ahli kelab dari seluruh negara berkumpul bagi memeriahkan Sinar Automart. Ahli Gila Myvi Club amat teruja apabila menerima undangan ini. Pihaknya tidak akan menghampakan peminat setia yang menunggu di parkir Kumpulan Media Karangkraf.

“Menerusi program ini, kami dapat mempamerkan kereta ahli yang di ubah suai untuk peminat setia bidang permotoran melihat bagaimana hasilnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelab yang ditubuhkan tiga tahun lalu meluaskan aktiviti mereka berkonvoi ke seluruh negara seperti di Perak dan Kedah yang melibatkan majlis rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mohd Afiq, kelab ini ditubuhkan bagi merapatkan silaturahim sekali gus dapat melahirkan nilai murni dalam kalangan ahli kelab untuk bekerjasama dan saling membantu ahli yang terlibat dalam masalah. Sebagai contoh, mereka pernah membantu ahli yang mengalami masalah banjir dan kerosakan kereta.

“Selain memberi pertolongan khusus, kami juga sedia bertukar fikiran­ dalam penambahbaikan kereta,” katanya.

Sementara itu aktiviti Kayuhan Sinar Shah Alam turut diadakan sebagai aktiviti sampingan yang melibatkan hampir 30 basikal beserta beberapa­ kakitangan yang terdiri dari warga Karangkraf.

sumber : sinarharian

No comments: