Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 6 March 2012

Genting World Resort ucap takziah

KUALA LUMPUR: Genting World Resort dalam satu kenyataan mengucapkan takziah ke atas mangsa kemalangan bas di Kilometer 4.5 Jalan Genting Highlands - Kuala Lumpur pagi semalam.

Menurutnya, bas yang disewa itu dipercayai hilang kawalan dalam perjalanan turun ke Kuala Lumpur sebelum melanggar pembahagi jalan sehingga terbabas lalu terbalik di arah jalan bertentangan.


Pihak pengurusan resort itu turut menghantar empat pasukan ambulans dan satu van bagi membantu pihak berkuasa menghantar mangsa ke hospital.

Katanya, 14 mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), sembilan ke Hospital Selayang (HS) manakala mangsa yang mati di tempat kejadian dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk bedah siasat.


“Kami turut menempatkan beberapa kakitangan untuk memberi bantuan kepada mangsa di hospital-hospital berkenaan,” katanya.

Sumber : Mymetro

No comments: