Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 6 March 2012

Datuk belasah menantu, bawa lari cucu

OMBAK: Seorang datuk sanggup membelasah menantu lelaki di rumahnya di Batu Caves, di sini sebelum melarikan cucunya berusia dua tahun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 40 tahun dan tinggal berdua dengan anak lelakinya itu terkejut apabila pintu rumahnya diketuk bapa mentuanya itu dengan kuat sebelum terdengar jeritan memanggil namanya dengan nada kasar.


Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan perlakuan bapa mentuanya yang berusia 60 tahun terus membuka pintu sebelum ditolak hingga terjatuh.

‘Ketika kejadian, bapa mentuanya turut datang bersama seorang rakan sebelum mereka menghamburkan kata-kata kesat dan bertanya di mana cucunya berada.


“Mangsa yang terkejut dengan serangan bapa mentuanya itu enggan memberitahu dan menyuruh lelaki terbabit pulang ke rumah dengan alasan tidak mahu mencari gaduh,” katanya.


Bagaimanapun, bapa mentuanya enggan, sebaliknya bertindak menumbuk dan membelasah mangsa gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan menantunya itu yang ingin membawa kes tangkapan khalwat anak perempuannya yang juga isteri mangsa ke mahkamah.

“Tidak tahan dipukul, mangsa kemudian melawan dan memberitahu tindakannya itu adalah wajar selepas isterinya bermain kayu tiga, malah sudah ditangkap khalwat dengan pasangan bukan mahram.


“Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat diterima bapa mentuanya itu yang menganggap kejadian berkenaan memalukan keluarga dan mahu mangsa menyerahkan cucunya supaya dia mendapat menjaganya tambahan pula isteri mangsa kini tinggal bersamanya,” katanya.

Menurutnya, namun mangsa enggan menyerahkan anaknya itu menyebabkan bapa mentuanya naik berang sebelum terus mengambil cucunya itu dari dalam bilik sebelum beredar.


“Mangsa cuba mengambil semula anaknya namun gagal sebaliknya dipukul sekali lagi dan dicekik hingga sukar bernafas. “Mangsa yang kesakitan dan bimbang dengan keselamatan anak lelakinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber : MyMetro

No comments: