Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 19 March 2012

Gangguan bekalan air di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol esok

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja penyelenggaraan berjadual loji dan pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air di Kuala Pilah dan Tampin bermula dari pukul 8 pagi Selasa hingga 8 pagi keesokannya (21 Mac).

Gangguan bekalan air di Jempol pula bermula dari 8.30 pagi Selasa hingga 8.30 malam Rabu, katanya di sini hari ini.

Azlan berkata kerja penyelenggaran loji berjadual dan pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.- Bernama

No comments: