Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

Dentuman kuat di awal pagi


SIKAMAT - Sebuah keluarga di Taman Desa Tiara, Sikamat, dekat sini tidak menyangka bunyi dentuman pada jam 3.30 pagi 10 Mac lalu datang dari runtuhan tebing di hadapan rumah sewa mereka.

Wahizul Hakim Abdul Samad, 42, berkata, ketika itu hujan lebat dan dia tersedar dari tidur berikutan terdengar bunyi dentuman kuat.

Menurutnya, keesokan harinya dia meninjau keadaan di luar rumah dan mendapati tebing di kawasan hadapan rumah sudah runtuh.

“Tebing ini sudah retak sejak tiga tahun lalu dan saya tidak menyangka ia akan runtuh. Rumah ini saya sewa dengan kadar RM200 sebulan dan perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada pemilik rumah. Bagaimanapun dia meminta saya mengambil tindakan sendiri bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Wahizul Hakim berkata, dia sudah membuat aduan di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sikamat bagi mendapatkan bantuan membina semula tebing berkenaan.

“Ini adalah kejadian pertama saya sejak menyewa di sini, malah dua anak saya juga dilarang menghampiri kawasan tebing berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sikamat, Taslim Khan Kutob Din berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap kejadian itu.

“Kita sudah menerima aduan daripada penyewa dan memohon bantuan segera di bawah peruntukan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Permohonan ini sudah diluluskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan RM3,000 diperuntukkan bagi membaiki tebing berkenaan,” katanya.

Katanya, kerja-kerja itu sudah dimulakan pada 18 Mac lalu dan ia mengambil masa tiga hari untuk disiapkan.

sumber : sinarharian

No comments: