Partime Job

Wednesday 21 March 2012

11 kaki ponteng dicekup


TUMPAT – Seramai 11 pelajar yang ponteng dari beberapa sekolah, dicekup dalam Operasi Ponteng Sekolah di sekitar Wakaf Bharu, semalam. Operasi bermula jam 9 pagi hingga jam 11.30 pagi, menyerbu lebih 20 lokasi panas yang menjadi tempat tumpuan pelajar ponteng antaranya pasaraya, kafe siber, dan beberapa kawasan yang sering dijadikan tempat lepak.

Operasi yang pertama kali di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat mendapat kerjasama Polis, Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Majlis Daerah Tumpat, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tumpat dan Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat .

Pemangku Pegawai PPD Tumpat, Mohd Azian Jaafar berkata, dalam operasi itu, dua pelajar Tingkatan Lima didapati positif dadah selepas ujian air kencing ke atasnya.

“Mereka yang ditahan dalam operasi ini berumur antara 15 tahun hingga 17 tahun, didapati hanya segelintir sahaja yang ponteng sekolah di daerah ini. Bagaimanapun operasi seperti ini akan diadakan secara berterusan,” katanya ketika ditemui dalam operasi tersebut.

Menurutnya, mereka yang ditahan ini diberi amaran dan nasihat, dan sekiranya ditangkap untuk kali kedua berkemungkinan akan dikenakan denda dengan melakukan khidmat masyarakat.

Mohd Azian berkata, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mampu mengesan pelajar ponteng secara online berikutan JPN perkenalkan konsep I-Hadir.

“Di PPD Tumpat sudah laksanakan sistem itu di 13 sekolah menengah dalam daerah ini sejak Februari lalu. Sistem yang diperkenalkan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kelantan mampu melengkapkan lagi operasi ponteng sekolah kerana maklumat disalurkan secara online sekiranya pelajar tiada dalam kelas (ponteng),” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: