Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Cubaan lari dari polis gagal

KULIM - Seorang remaja berusia 22 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Keladi, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan merungkaikan komponen motosikal curi.

Ketua Balai Polis Kulim, Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, pihaknya membuat pemantauan di sekitar kawasan rumah suspek sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan.

Menurutnya, ketika serbuan dibuat, suspek berjaya melarikan diri bagaimanapun setelah dihubungi ibunya, mangsa bersetuju untuk pulang ke rumah.

“Polis menemui sebuah stor yang dijadikan bengkel haram di belakang rumah suspek. Ibu dan ayah suspek bertugas sebagai penjawat awam. Ketika ditahan suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan semula. Dari pemeriksaan dijalankan, polis turut menemui sebuah motosikal yang dirungkaikan dan nombor enjin yang ada pada motosikal itu mencurigakan. Suspek kemudiannya dibawa balik ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan dan siasatan­ lanjut. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 29 (1),” katanya

sumber : sinarharian

No comments: