SINGAPURA: Seorang Pengaturcara Teknologi Maklumat, didenda S$2,500 (RM5,595) kerana bertindak terburu-buru.
Kong Yong Meow, 59, menyembur seorang kanak-kanak berusia satu tahun dengan penyembur racun serangga pada 25 Jun, tahun lalu.
Kanak-kanak itu dikatakan berlegar di hadapan rumah Kong dan Kong terus menyembur racun serangga itu ke arah kanak-kanak itu dan terus menutup pintu.
Ibu kanak-kanak itu membawa anaknya pulang dan membasuh muka anaknya dengan air tetapi beberapa minit kemudian kanak-kanak itu mengalami muntah dan menggosok matanya. - TNP

No comments:
Post a Comment