PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan cadangan mengiktiraf tarikh 10 Mac pada setiap tahun sebagai Hari Pembantu Perubatan selaras dengan tarikh pewartaan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180 iaitu pada 10 Mac 1977.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa berkata, pengiktirafan itu sebagai sokongan dan penghargaan kepada kerjaya itu, sekali gus memberi semangat kepada pembantu perubatan di seluruh negara menjalankan perkhidmatan lebih cemerlang.
Menurutnya, sebarang bentuk sambutan terhadap profesion itu belum pernah diadakan walaupun kerjaya pembantu perubatan diperkenalkan di negara ini sejak berabad lalu.
“Biasanya, sesuatu sambutan oleh golongan pekerja atau pertubuhan diadakan bagi mengiktiraf dan mengenang jasa golongan terbabit kepada masyarakat serta negara.
“Saya berharap sambutan Hari Pembantu Perubatan pada tarikh itu menjadi dorongan dan pembakar semangat serta perangsang kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada masyarakat,” katanya.
sumber : mymetro

No comments:
Post a Comment