Partime Job

Sunday, 11 March 2012

Coca-Cola, Pepsi tukar ramuan

CALIFORNIA: Pengeluar minuman terkenal Coca-Cola dan Pepsi akan menukar ramuan minuman berkarbonat mereka untuk mengelak daripada meletakkan label amaran barah yang diwajibkan di sisi undang-undang, di setiap botol minuman itu.

Perubahan itu dibuat selepas California meletakkan bahan kimia 4-methylimidazole, yang digunakan dalam pewarna karamel di kedua-dua jenis minuman itu dalam senarai karsinogen.
Kedua-dua Persatuan Minuman Amerika dan Pentadbiran Ubatan dan Makanan AS berkata, tiada bukti bahan kimia itu menimbulkan risiko kesihatan kepada manusia. - BBC

No comments: