Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Bahaya menanti penduduk


IJOK - Runtuhan tebing sungai di Kampung Sangkut, di sini, perlu diambil tindakan segera oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, pemantauan dan tindakan perlu dilakukan memandangkan beberapa tempat di kawasannya termasuk tebing sungai di Kampung

Sangkut dan berhampiran jambatan Kampung Teras telah runtuh.

Menurutnya, runtuhan itu hanya beberapa meter sahaja dari jalan yang menjadi laluan penduduk.

“Jika berlaku lebih banyak kejadian tanah runtuh, perhubungan penduduk akan terputus. Kita sedia maklum sejak kebelakangan ini, musim hujan melanda, air sungai yang deras menyebabkan hakisan di tebing sungai. Akhirnya menimbulkan masalah runtuhan selain banjir kilat di kawasan yang lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya masalah itu tidak ditangani segera, dia bimbang keselamatan penduduk terutama pada waktu malam terjejas.

Katanya, kadar penglihatan lebih terhad di waktu malam walaupun terdapat lampu jalan, ia juga boleh menjadi faktor kemalangan berlaku ditambah dengan keadaan jalan yang semakin menghampiri sungai.

“Saya harap JPS akan segera melaksanakan kerja-kerja membaiki tebing sungai berkenaan bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. JPS juga diminta memantau keadaan sungai-sungai di sekitar Dun Kubu Gajah yang sering diancam banjir setiap kali hujan lebat,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: