Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Ali akhirnya selamat dibedah, keadaannya kini stabil


BATU PAHAT – Kisah penyakit dihidapi Ali (bukan nama sebenar) di bahagian alat sulitnya pernah disiarkan Sinar Harian Februari lalu.

Selepas itu, ramai pihak tampil memerikan bantuan termasuk kata-kata semangat kepadanya supaya menjalani rawatan di hospital bagi mengubati penyakit dihidapi sejak usianya 10 tahun itu.

Sinar Harian semalam ke Hospital Batu Pahat selepas mengetahui Ali sedang menjalani pembedahan di sana.

Minggu lalu, dia telah menjalani rawatan pertamanya di hospital berkenaan dan perlu menjalani ‘pembedahan kecemasan’ ketika itu, bagaimanapun ianya terpaksa ditangguhkan kerana masalah kesihatan.

Anak saudaranya yang mahu dikenali sebagai Shahril, 19, berkata, pakciknya telah dimasukkan ke wad 8, kelmarin dan perlu berehat serta menjalani beberapa rawatan khas sebelum menjalani pem­­bedahan.

Katanya, pembedahan berkenaan dilakukan di hospital berkenaan bermula jam 2.30 petang dan dijangka akan mengambil masa hampir enam jam.

“Saya yang menemani pakcik saya ini yang mula dimasukkan ke wad Sabtu lalu, diberitahu oleh doktor yang mana pembedahan ini mungkin akan memakan masa yang lama. Ia mungkin sehingga jam 8 malam kerana saya diberitahu pembedahan ini agak rumit kerana melibatkan pelbagai organ badan sepertu usus dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui di hospital.

Sinar Harian ketika menghubungi Shahril untuk mengetahui perkembangan pembedahan tersebut dimaklumkan ia tamat sekitar jam 6.15 petang dan keadaan Ali dilaporkan stabil.

Ali yang sudah boleh berbual akan ditahan di wad dalam dua ke tiga hari untuk pemeriksaan lanjut susulan pembedahan yang dilakukan.

sumber : sinarharian

No comments: