Partime Job

Tuesday 20 March 2012

421 terima hak milik tanah

KUKUP LAUT - Kerajaan Negeri tidak pernah menyekat tempoh pemilikan tanah atau pajakan yang hendak dilakukan, memandangkan pemiliknya boleh memperbaharui tempoh itu tanpa menunggu 99 tahun.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia membuktikan Kerajaan Negeri Johor terlebih dahulu melakukanya daripada kerajaan pembangkang yang mendakwa mahu memberikan hak milik pajakan tanah selama 1,000 tahun seperti di Pulau Pinang.

Beliau berkata, pendekatan itu jelas sama sekali tidak meniru mana-mana pendekatan akan yang akan diambil oleh pembangkang.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan hak milik tanah secara pajakan selama 99 tahun kepada penduduk Kukup Laut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC)Ken Boon, di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Obit Tawil; Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukup, Datuk Md Othman Yusof; Adun Pekan Nenas, Tang Nai Soon; dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.

Pada majlis itu, seramai 421 penduduk di Kukup Laut menerima hak milik tanah dengan melibatkan 396 penduduk Cina dan 25 penduduk Melayu.

Abdul Ghani berkata, pemberian hak milik tanak itu adalah satu-satunya yang pernah dilakukan kepada mereka yang tinggal di atas air.

“Penduduk di Kukup Laut keseluruhannya membina rumah di atas air, selain kedai dan juga beberapa resort,

“Justeru, ia adalah yang pertama diberikan melibatkan tanah di dalam air kepada penduduk yang tinggal di atas air,” katanya.

Beliau menyifatkan pemberian itu sebagai satu perkara yang luar biasa kerana di kebanyakan negeri yang mempunyai penempatan di atas air masih tidak memberikan hak milik tanah sebaliknya hanya memberi lesen menduduki sementara atau TOL kepada penduduk.

Dalam masa yang sama, beliau berharap Kukup Laut terus akan menjadi destinasi pelancongan utama memandangkan ia merupakan pintu masuk dan keluar ke Indonesia melalui terminal ferinya.

sumber : sinarharian

No comments: