Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 16 February 2012

Ayam Mentega Kuning


Yang ni resepi campak-campak jugak.. Al-maklum nak masak berat2 waktu 5 hari bekerja ni memang tak sempat.. Nak-nak pulak makan berdua jer.. Anak-anak jenis bukan pemakan.. Daripada kene paksa makan lauk diorang ni sanggup makan nasi putih dengan kicap jerk kalo xda telur or sup.. hehe Kalo kene paksa paham2 jerk la.. Macam-macam alasan keluar dari mulut.. sakit perut la.. kenyang la.. Yang paling best buat perangai buat-buat nak muntah.. Aduh.. penin nak ajar diorang ni makan...

Cara-cara resepi ni mudah jerk.. Puteri tak bagi la detail untuk resepi ni yerk sbb biasanya bila masak main campak je kuantiti bahan-bahannya.. hehe Al-maklum.. Tak xpert bab masak harian ni.. kalo soh buat cookies ngan kek tu boleh la juga.. hehe

Bahan-Bahan
Ayam (didadu)
Garam
Kunyit
Pewarna kuning
Lada sulah/lada hitam
Mentega
kulit kayu manis (dalam 1 inci)
halia (ditumbuk)
Bawang besar(ditumbuk)
Bunga Cengkih
Tomato(ditumbuk)
Sedikit air

Cara-Cara :
Mula-mula korang goreng ayam dadu/kecik-kecik yang telah diperam selama 5 minit dengan kunyit, garam & pewarna kuning sket dengan mentega. Goreng hingga masak yer.. Then ketepikan..

Pastu, dengan menggunakan minyak mentega yang sama.. tumis kulit kayu manis, halia(ditumbuk), bawang merah(ditumbuk), bunga cengkih sampai wangi.. Then masukkan cili boh atau serbuk lada dan tomato. Masak garing. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama sedikit air selama 5-10minit.

Siap..! Sedia untuk dihidangkan..

No comments: