Partime Job

Tuesday 24 July 2012

Alat sulit isteri cedera, Suami cemburu buta

TELUK INTAN – Hanya kerana cemburu, seorang suami bertindak di luar batasan apabila sanggup mencederakan alat sulit isterinya menggunakan sebatang kayu penguli doh serta satu botol sos, dalam satu kejadian di Jalan Sultan Abdullah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam insiden kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun yang mempunyai dua isteri itu dikatakan cemburu dengan isteri keduanya apabila dia mengesyaki wanita berusia 36 tahun berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku apabila lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum berlaku pertengkaran dengan mangsa.

Menurutnya, walaupun isterinya menafikan tuduhan si suami, pergaduhan antara pasangan suami isteri itu berlarutan sehingga lelaki itu mula memukulnya di beberapa bahagian termasuk di kepala dan badan.

“Dalam pertengkaran itu, lelaki berkenaan bertindak agerasif dengan menggunakan kayu penguli doh dan botol sos menjolok kemaluan isterinya sehingga mendatangkan kecederaan pada wanita itu.

“Suspek yang di bawah pengaruh alkohol bertindak keluar daripada rumah itu sementara isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Berdasarkan laporan yang diterima, polis melancarkan gerakan mencari sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan pada hari sama kejadian.

Kok Liang berkata, hasil perkahwinan mangsa dengan lelaki yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu, mereka dikurniakan seorang anak.

“Buat masa ini, mangsa yang mempunyai kesan lebam di badan dan luka di kepala masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan sementara lelaki berkenaan ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 377 (c) (a) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

sumber : sinarharian

No comments: